Tahun ini sudah hampir 4 tahun bonda meninggalkan anakanda. Seandainya bonda mengetahui betapa mendalamnya rindu anakanda pada bonda. Betapa saban hari hati anakanda merintih merindukan bonda. Rindu pada tutur bicara bonda. Rindu pada senda gurau bonda. Rindu pada lawak jenaka bonda. Rindu pada prihatin bonda. Rindu pada kata2 nasihat bonda.
Bonda. Bagaimanalah agaknya keadaan bonda di sana. Anakanda yakin Allah pasti menempatkan bonda di tempat yang baik2. Bukankah Allah berjanji bahawa hambaNya yang solehah akan diberi ganjaran syurga. Anakanda menjadi saksi pada amal2 oleh bonda sehingga ke akhir hayat bonda.
Sekian dulu coretan anakanda buat bonda pada kali ini. In sya Allah anakanda akan berusaha untuk sentiasa mendoakan bonda dalam lafaz doa anakanda tidak kira waktu. Semoga Allah memelihara bonda di sana. Wassalam.
No comments:
Post a Comment