Thursday, 31 July 2014

Tinta Hati 3

Bukan nak jadi anak derhaka. Tapi kalau asyik pendam je lama2 meletup jugak.

Buat salah menangis2 mintak maaf janji itu ini tapi sudahnya sama jugak tak berubah2. Penat. Letih.

Hidup ni bukan sekadar tabur kata2. Depan orang boleh tunjuk baik tapi hakikat---kau sendiri tahu. Aku simpan aib tu. Kalau boleh tak nak sebut. Tapi kalau pantang larang aku pun kena langgar aku pun boleh meletup.

Letih. Lawan kata derhaka. Diam kata tak suka. Habis kau nak aku puja junjung siang malam? Memang tak la kan.

What u give u get back. Sikit tak pernah dari kecik aku taruk cita2 dalam buku sekolah nak jadi anak derhaka. Tapi kau paksa aku.

Moga2 depan tuhan aku ada hujah nk pertahan diri atas kekurang ajaran aku.

Thursday, 24 July 2014

Tinta Hati 2

Recently. No. Not recently actually. It has been awhile actually. Something not really ease happen.

To summarize---

Kenapa saya tak suka Kelantan.
---Sebab balik rumah macam gaya tumpang rumah orang. (Rumah kosong tak de orang)
---Sebab orang kat sini terlebih prihatin ("eeh, makin gemuk/berisi/tembam la sekarang." SOOO???!!!)
---Sebab akan 'jumpa' my past... (Tak semua orang suka nak mengenang memori buat gaya #terobek segala. And I one of them yang tak suka tu.)

Urm. Macam pelik tulis dalam point. But they are the truth. Saya lagi suka duduk KL sana SORANG2 jadi #foreberalone daripada balik rumah dan nak kena hadap semua perkara yang tak menyenangkan ni. Sakit tahu tak. Tambah sakit sebab I bukan jenis yang nak meluah kat orang.

Tak semua orang paham kita. People tend to judge rather than understood. Tapi saya tak pernah harap pun orang paham. Just. Tolong respect. Itu aje. Saya ke yang busuk hati? Letih la. Rasa macam nak pergi dari semua ni....

Tinta hati 1

Dah lama pendam. It has been quite a time. Pendam. Peram. Simpan sorang2. Sampai kadang rasa nak meletus. Tapi terus pendam, peram, simpan sorang2.

It's not easy. I can't say it's never been easy because at one time it had been easy. Tapi perasaan yang menekan, cabaran yang menekan, tekanan yang menekan. Sakit. Sakit menekan dada sampai rasa tak ada ruang nak bernafas.

Ye. Saya dah lama tak ikut usrah. So?
Ye. Saya memang tak nak cari calon suami lulusan agama. Lagi2 lulusan Mesir. So?
Ye. Saya memang cari orang biasa2 je untuk jadi calon suami. Bukan orang yang ikut usrah yang ikut tarbiyyah yang NAMPAK qawiy. So?

Ye. Saya memang perempuan tak reti masak tak reti buat kerja rumah apa pun tak boleh. So?
Ye. Saya memang tak reti nak bergaul dengan orang nak bersopan santun jaga hati orang tak kira tua atau muda. So?
Ye. Saya memang hati batu dingin sejuk beku macam ais kutub utara kutub selatan. So?

Letih. Nak menghadap menjawab dengan manusia yang suka nak mempersoal.
Letih. Nak berdepan dengan manusia2 yang suka cakap buruk pasal orang macam dia jee yang paling baik kat dunia ni.
Letih. Sangat. Sampai rasa nak surrender nak give up tak nak jumpa sapa2 tak nak buat apa2 dah.

Yes. I know people care.
Yes. Saya tahu orang peduli sebab sayang.
Yes. Saya tahu ramai gila concern pasal hidup saya dari aktiviti saya sehari2 sampai la dengan siapa saya nak kahwin nanti.
Yes. Mereka tak salah.

Jadi?
Yang salah tu sentiasa saya.
Tak paham orang peduli tentang diri.
Tak paham orang sayang nak yang terbaik untuk diri.
Tak reti2 nak paham bahasa ikut cakap orang.

Maaf. Tak semua benda perlukan penjelasan.
I'm not saying I'm always right.
I'm not declaring I was never wrong.

I do make mistake.
Tapi apa yang jadi ni ada sebab dia ada punca dia ada alasan dia.
No. I'm not blaming.
Saya cuma nak mintak "Tolong respect." Tu aje. Cukup.

Thursday, 3 July 2014

Coretan 22

Mak. Ramadhan kareem! Allahu akram.

Mak. Dah masuk bulan ramadhan. Anak mak pose sorang2 je tahun ni. Sedihnya. Huhu. Tapi nak buat macam mana. Tak pe lah. Anak mak kan kena kerja.

Mak. Rindunya zaman kita puasa sama2 dulu. Lepas je asar pakat kumpul kat dapur sedia untuk masak. Duduk ramai2. Potong buah. Masak nasi. Masak lauk. Buat air. Lepas tu nanti ada yang pergi beli makanan kat bazaar. Rindunya waktu tu.

Sekarang kalau balik pun keadaan dah tak sama mak. Sahur sorang2. Berbuka sorang2. Walaupun sedih sebab tak balik, tapi kalau balik bertambah sedih kot. Sebab keadaan dah tak sama.

Mak. Bulan ramadhan ni syaitan dah tak de. Tapi napa anak mak tetap rasa susah nak jadi baik? Ke sebab anak mak ni dah jadi setan? Berat rasanya mak. Nak buat baik. Ya Allah...

Mak. Anak mak rindu. Mak baik2 ye di sana.