Monday, 31 March 2014

Coretan 11

Mak. Tadi anak mak ponteng kelas lagi. Apa la nak jadi dengan anak mak ni. Kalau mak ada mesti mak kecewa kan. Anak mak buat perangai macam ni. Anak mak mintak maaf. Anak mak pun tak tahu kenapa anak mak perangai macam ni.

Mak. Nak mak... Nak mak sangat2. Jelesnya bila tengok orang lain. Rasa malas g kelas call mak diorang. Rasa down call mak diorang. Kadang2 mak diorang yg call. Anak mak dengki. Benci diorang semua.

Mak. Kenapa mak pergi awal sangat? Mak tahu tak yang anak mak harap sangat mak sembuh hari tu. Tapi Allah lagi sayang kan mak. Dia panggil mak kembali pada Dia dulu.

Mak. Maafkan anak mak sebab tak jadi anak yang baik. Banyak buat salah pada mak. Tak jaga mak betul2 masa mak sakit. Agaknya apa yang anak mak alami sekarang adalah balasan Allah sebab tak jadi anak yang soleh selama ni. Anak mak mintak maaf. Mintak ampun mak. Anak mak sayang mak sangat3. Rindu mak sangat3.

Coretan 10

Mak. Semalam dapat mesej. Nek ngah dah meninggal. Anak mak tak kuat. Anak mak menangis. Anak mak lemah. Menggigil2 badan anak mak tahan perasaan.

Mak. Lepas sorang, sorang orang2 yg dekat dengan anak mak Allah tarik. Dalam jangka masa yang singkat pulak tu.
Macam hari tu. Mula2 nenek. 3 bulan lepas tu mak pulak pergi. Bulan 12 tahun yang sama adik mak adik mak pulal pergi. Tahun lepas, pak ngah dengan mak ngah. Tahun ni nek ngah. Semua tu orang2 yang rapat dengan keluarga kita. Kenapa Allah tak tarik orang lain mak?

Mak. Anak mak tak sanggup lagi nak terima kematian. Sakit mak. Sakit macam nak pecah dada. Anak mak boleh tahan macam2 ujian lain. Kena maki kena marah kena hina semua anak mak boleh tahan tak nangis. Tapi bila masuk bab kematian, anak mak betul2 lemah....

Mak... anak mak rindu mak sangat2. Anak mak rasa nak peluk mak nak cium mak nak mintak maaf dengan mak nak cakap dekat mak yang anak mak saaaaaaaayang mak sangat3.

Maafkan anak, mak....

Sunday, 30 March 2014

Coretan 9

Mak. Hari ni anak mak lambat gi kelas. Anak mak tertidur tadi. Lambat setengah jam.

Hari ni anak mak puasa. Baru nak puasa ganti. Huhu. Laparnyaaa. Dah lama tak puasa macam ni la jadi. Huhu.

Lepas tu hari ni jadi letihhh sangat. Rasa lesu, malas, mengantuk. Malas nyeeeee. Nak tidur. Huhu.

Mak. Anak mak dapat assignment kena buat genogram. Genogram ni macam family tree la. Cuma lagi terperinci. Jenuh anak mak nak cari maklumat keluarga kita. Hahaha.

Hari ni nak bukak puasa dengan apa ye? hurm.....

Saturday, 29 March 2014

Coretan 8

Mak. Semalam anak mak bukak gerai lagi. Ada event kolej. Sebenarnya anak mak jadi AJK. Tapi anak mak ni kan teruk. Tak bagi komitmen pun. Ntah la. Anak mak pun pening.

Alhamdulillah jualan semalam okay. Walaupun tak banyak laku, tapi ada la yang terjual. Dapat la untung jugak.

Tadi anak mak terbukak Facebook. Lepas tu anak mak terbaca post dari pengarah program yang anak mak jadi AJK ni. Dia marah2 sebab ramai tak turun rehearsal program. Mak pun tahu anak mak bukan boleh orang nak marah2 ni. Memang anak mak lagi rasa nak melawan. Biarlah dia. Ugut tak nak bagi merit ngan sijil konon. Sudah lah. Tak nak bagi sudah. Menyampah.

Anak mak bukan nak membela diri. Tapi betul anak mak tak tahu pasal rehearsal tu. Anak mak bukannya selalu bukak fb. Jadi banyak info terlepas. Dah tu diorang semua pun nak bagitahu kat fb. Biarlah. Anak mak malas nak fikir.

Friday, 28 March 2014

Coretan 7

Mak. Tadi ayah call. Rupanya kJah bagi tahu ayah anak mak tak de duit nak makan. Ayah call ayah nangis. Ayah tanya kenapa tak bagi tahu yanh tak de duit.

Anak mak bukan tak nak bagi tahu. Tapi anak mak tak nak susahkan ayah. Sebab anak mak tahu kita bukan keluarga senang. Anak mak bukan tak de duit sebenarnya. Cuma nak berjimat takut duit habis sebelum gaji masuk.

Ayah kata lain kali kalau tak de duit bagi tahu. Anak mak cakap yang anak mak ingatkan ayah tak cukup duit. Sebab sebelum ni kJah pernah pesan ayah akan masuk duit tiap2 bulan. Tapi ayah tak masukkan. Anak mak ingat ayah tak de duit. Jadi anak mak tak pernah tanya.

Tadi ayah mesej cakap dia dah masukkan duit. Anak mak rasa bersalah sangat sebab dah buat ayah menangis. Terukkan anak mak ni. Selalu buat mak dengan ayah nangis. Macam mana nak masuk syurga macam ni.

Mak. Anak mak mintak maaf. Banyak dosa anak mak selama ni anak mak tak pernah sempat mintak maaf. Anak mak pun tak tahu mak dah maafkan ke belum dosa2 yang banyak tu.

Ayah. Anak ayah mintak maaf. Selalu buat ayah risau. Jarang menurut kata. Degil. Keras kepala. Anak ayah mintak ampun. Anak ayah cuma nak belajar berdikari. Tak nak susahkan ayah. Sebab ayah dah banyak susah untum anak ayah selama ni. Maafkan anak ayah ayah.

Thursday, 27 March 2014

Coretan 6

Mak. Semalam kJah mesej. Dia cakap dia masukkan duit kt anak mak.

Alhamdulillah. Sebenarnya anak mak tengah tak de duit nak beli makanan. Sekarang anak mak tengah dalam fasa berjimat cermat. Kadang2 anak mak skip makan nasi. Kadang2 anak mak makan biskut je hari2. Huhu.

Hari tu mmd dh masukkan duit. Ni kJah masukkan lagi. In sya Allah cukup la untuk makan sebulan ni. Ayah tak tahu pun anak mak tak de duit. Sebab anak mak tak pernah cerita.

Kakak2 marah tapi anak mak tak reti nak selalu mintak duit kat ayah. Anak mak sebenarnya harap yang ayah akan ingat atau terfikir untuk bagi duit dekat anak mak. Tapi... ye lah. Ayah banyak kerja nak buat. Tak sempat nak teringat kat anak mak. Hurm... Tak pe lah. Anak mak paham.

Coretan 5

Mak. Anak mak dah habis test. Tak tahu la dapat score ke tak. Soalan senang. Tapi keliru. Huhu.

Tapi anak mak dah buat yang terbaik. Harap2 pensyarah baik hati masa tanda kertas anak mak.

Mak, penatlah. Ingatkan malam ni nak tidur awal. Tapi nak kena kemas tempat untuk program hari sabtu ni pulak. Huhu. Tapi kena tunggu pukul 10.30 baru dapat kemas. Sebab ada orang tengah guna tempat tu. Penatnya. T_T

Tapi tak pe lah. Anak mak kan memang suka benda2 macam ni. Sabar je la. Huhu. K lah. Wassalam.

Coretan 4

Mak. Malam ni anak mak ada test. Paper yang terakhir untuk test 1. Paper BI je. Tapi writing. Anak mak tak tahu la dapat buat ke tak. Sebab tak study pun. Hehe.

Anak mak rasa nak mintak mak doakan biar anak mak dapat buat dengan tenang, dapat tulis jawapan yang terbaik. Tapi tu angan2 je kan. Tak mungkin mak dapat doakan anak mak.

Tak pe lah. Anak mak tak nak Sedih2. Sekarang anak mak nak g mandi nak siap2 pergi test. Nanti anak mak tulis lagi ye. Wassalam.

Coretan 3

Mak. Hari ni anak mak rasa down sangat. Rasa tak semangat. Rasa malas.

Hari ni anak mak ponteng kelas lagi. Sepanjang hari tak g kelas. Rasa penat. Rasa tak bermaya. Lepas subuh tadi anak mak tidur je. Sebab rasa lesu sangat. Teruk kan anak mak ni. Kalau mak tahu mesti mak kecewa dapat anak macam ni.

Tapi anak mak tak tahu nak buat macam mana. Selalu sangat rasa macam ni. Rasa lemah sangat. Rasa malas. Rasa tak de semangat. Rasa down. Tak tahu nak buat macam mana.

Kan best kalau dapat call mak cakap dengan mak. Dengar suara mak pun jadi la. Bagi lepas rindu. Lepas tu mesti dah bersemangat. Tak macam sekarang.

Semua kena simpan sorang2 pendam sorang2. Tak tahu nak cerita dekat sapa. Hurm.. Mak. Best kan kalau mak ada lagi. Tengok orang lain call mak diorang cakap dengan mak diorang hilang segala masalah.

Mak. Bahagialah mak di sana. Di sisi tuhan.

Wednesday, 26 March 2014

Coretan 2

Mak. Anak mak ni dah jatuh cinta. Haha. Dah besar kan anak mak ni. Dah pandai nak suka2, nak admire orang. Tapi bukan anak mak ni sengaja. Tiba2 je perasaan tu datang. Nak buat macam mana.

Lelaki bertuah yang anak mak dah tersuka tu bukan laki hebat pun. Dia biasa2 je. Pemalu, tak banyak bercakap, penyendiri. Pendek kata tak de yang hebat sangat lah pasal dia. Anak mak yang ni pun tak tahu macam mana boleh tersuka dia.

Mak nak tahu, anak mak ni kenal dia masa minggu orientasi. Kitorang 1 kumpulan masa tu. Tapi masa tu anak mak ni kan hati kering. Mana ada nak fikir nak suka orang sana sini.

Tapi entah macam mana, anak mak ni tak sedar. Tiba2 perasaan tu berkembang. Dengan sendirinya. Tapi anak mak ni pemalu sebenarnya. Simpan je perasaan sorang2. Hehe.

Dah dekat 2 tahun anak mak ni suka dia. Tapi dia tak pernah tahu pun. Entah2 dia tak sedar pun yang anak mak ni wujud. Huhuhu. Sedihnyaaaa. Tak pe la. Anak mak ni sedar diri.

Mak, semalam kan anak mak ni jumpa dia. Dah lama tak terserempak tiba2 semalam boleh terjumpa. Dia dah lain sikit. Rambut dia dah panjang. Terkejut jugak anak mak ni tengok. Hahaha. Tak smart la dia rambut panjang. Anak mak ni rasa nak kerat2 je rambut tu bagi pendek. Hahaha. Berani? Hihi.

Tapi yang pasti dia masih malu2 dengan perempuan. Palinh ketara bila anak mak perasan yang tangan dia menggigil masa nak hulur kertas kat perempuan. Kelakar kan. Hahaha. Mak jangan marah ye. Anak mak memang suka ngusik orang. Hehe.

Oke lah mak. Tu je yang anak mak nak cerita. Nanti anak mak cerita lagi ye. Tadaaa. Wassalam.

Tuesday, 25 March 2014

Coretan 1

Ke hadapan bonda, 
Tahun ini sudah hampir 4 tahun bonda meninggalkan anakanda. Seandainya bonda mengetahui betapa mendalamnya rindu anakanda pada bonda. Betapa saban hari hati anakanda merintih merindukan bonda. Rindu pada tutur bicara bonda. Rindu pada senda gurau bonda. Rindu pada lawak jenaka bonda. Rindu pada prihatin bonda. Rindu pada kata2 nasihat bonda.

Bonda. Bagaimanalah agaknya keadaan bonda di sana. Anakanda yakin Allah pasti menempatkan bonda di tempat yang baik2. Bukankah Allah berjanji bahawa hambaNya yang solehah akan diberi ganjaran syurga. Anakanda menjadi saksi pada amal2 oleh bonda sehingga ke akhir hayat bonda. 

Sekian dulu coretan anakanda buat bonda pada kali ini. In sya Allah anakanda akan berusaha untuk sentiasa mendoakan bonda dalam lafaz doa anakanda tidak kira waktu. Semoga Allah memelihara bonda di sana. Wassalam.