Tuesday, 11 November 2014

Coretan 23

Mak. It was tiresome. Anak mak dah penat. Pergi kerja macam nak gila tapi gaji tak masuk2.

Mak, anak mak nak buat apa ni. Duit dah makin susut. Dalam tangan tak sampai seratus. Dalam bankdah kering kontang. Anak mak dah rasa macam nak nazak.

Mak. Ni semua karma dosa anak mak ke? Beratnya dosa sampai tak tertanggung. Rezeki pun tergantung. Sakit mak. Sakit sangat. Orang nampak benda ni kecik. Orang tak nampak tekanan yang anak mak lalui.

Kadang2 bila dah sesak sangat, anak mak harap sangat ayah tanya "duit cukup tak?". Tapi tu semua tinggal harapan. Ayah tak kan tanya kalau anak mak tak cakap. Dan memang bukan anak mak nak main mintak2 dengan ayah selalu.

Mak. Anak mak nak nangis. Boleh tak? Sakit nya terasa. Bimbangkan pasal duit. Nak g kelas pun dah tak semangat. Sakit sangat3 mak. Nak beli makanan pun berjimat. Apatah lagi nak beli benda lain. Duit memang bajet untuk makan je.

Mak. Anak mak nak buat apa ni? :-(

Thursday, 31 July 2014

Tinta Hati 3

Bukan nak jadi anak derhaka. Tapi kalau asyik pendam je lama2 meletup jugak.

Buat salah menangis2 mintak maaf janji itu ini tapi sudahnya sama jugak tak berubah2. Penat. Letih.

Hidup ni bukan sekadar tabur kata2. Depan orang boleh tunjuk baik tapi hakikat---kau sendiri tahu. Aku simpan aib tu. Kalau boleh tak nak sebut. Tapi kalau pantang larang aku pun kena langgar aku pun boleh meletup.

Letih. Lawan kata derhaka. Diam kata tak suka. Habis kau nak aku puja junjung siang malam? Memang tak la kan.

What u give u get back. Sikit tak pernah dari kecik aku taruk cita2 dalam buku sekolah nak jadi anak derhaka. Tapi kau paksa aku.

Moga2 depan tuhan aku ada hujah nk pertahan diri atas kekurang ajaran aku.

Thursday, 24 July 2014

Tinta Hati 2

Recently. No. Not recently actually. It has been awhile actually. Something not really ease happen.

To summarize---

Kenapa saya tak suka Kelantan.
---Sebab balik rumah macam gaya tumpang rumah orang. (Rumah kosong tak de orang)
---Sebab orang kat sini terlebih prihatin ("eeh, makin gemuk/berisi/tembam la sekarang." SOOO???!!!)
---Sebab akan 'jumpa' my past... (Tak semua orang suka nak mengenang memori buat gaya #terobek segala. And I one of them yang tak suka tu.)

Urm. Macam pelik tulis dalam point. But they are the truth. Saya lagi suka duduk KL sana SORANG2 jadi #foreberalone daripada balik rumah dan nak kena hadap semua perkara yang tak menyenangkan ni. Sakit tahu tak. Tambah sakit sebab I bukan jenis yang nak meluah kat orang.

Tak semua orang paham kita. People tend to judge rather than understood. Tapi saya tak pernah harap pun orang paham. Just. Tolong respect. Itu aje. Saya ke yang busuk hati? Letih la. Rasa macam nak pergi dari semua ni....

Tinta hati 1

Dah lama pendam. It has been quite a time. Pendam. Peram. Simpan sorang2. Sampai kadang rasa nak meletus. Tapi terus pendam, peram, simpan sorang2.

It's not easy. I can't say it's never been easy because at one time it had been easy. Tapi perasaan yang menekan, cabaran yang menekan, tekanan yang menekan. Sakit. Sakit menekan dada sampai rasa tak ada ruang nak bernafas.

Ye. Saya dah lama tak ikut usrah. So?
Ye. Saya memang tak nak cari calon suami lulusan agama. Lagi2 lulusan Mesir. So?
Ye. Saya memang cari orang biasa2 je untuk jadi calon suami. Bukan orang yang ikut usrah yang ikut tarbiyyah yang NAMPAK qawiy. So?

Ye. Saya memang perempuan tak reti masak tak reti buat kerja rumah apa pun tak boleh. So?
Ye. Saya memang tak reti nak bergaul dengan orang nak bersopan santun jaga hati orang tak kira tua atau muda. So?
Ye. Saya memang hati batu dingin sejuk beku macam ais kutub utara kutub selatan. So?

Letih. Nak menghadap menjawab dengan manusia yang suka nak mempersoal.
Letih. Nak berdepan dengan manusia2 yang suka cakap buruk pasal orang macam dia jee yang paling baik kat dunia ni.
Letih. Sangat. Sampai rasa nak surrender nak give up tak nak jumpa sapa2 tak nak buat apa2 dah.

Yes. I know people care.
Yes. Saya tahu orang peduli sebab sayang.
Yes. Saya tahu ramai gila concern pasal hidup saya dari aktiviti saya sehari2 sampai la dengan siapa saya nak kahwin nanti.
Yes. Mereka tak salah.

Jadi?
Yang salah tu sentiasa saya.
Tak paham orang peduli tentang diri.
Tak paham orang sayang nak yang terbaik untuk diri.
Tak reti2 nak paham bahasa ikut cakap orang.

Maaf. Tak semua benda perlukan penjelasan.
I'm not saying I'm always right.
I'm not declaring I was never wrong.

I do make mistake.
Tapi apa yang jadi ni ada sebab dia ada punca dia ada alasan dia.
No. I'm not blaming.
Saya cuma nak mintak "Tolong respect." Tu aje. Cukup.

Thursday, 3 July 2014

Coretan 22

Mak. Ramadhan kareem! Allahu akram.

Mak. Dah masuk bulan ramadhan. Anak mak pose sorang2 je tahun ni. Sedihnya. Huhu. Tapi nak buat macam mana. Tak pe lah. Anak mak kan kena kerja.

Mak. Rindunya zaman kita puasa sama2 dulu. Lepas je asar pakat kumpul kat dapur sedia untuk masak. Duduk ramai2. Potong buah. Masak nasi. Masak lauk. Buat air. Lepas tu nanti ada yang pergi beli makanan kat bazaar. Rindunya waktu tu.

Sekarang kalau balik pun keadaan dah tak sama mak. Sahur sorang2. Berbuka sorang2. Walaupun sedih sebab tak balik, tapi kalau balik bertambah sedih kot. Sebab keadaan dah tak sama.

Mak. Bulan ramadhan ni syaitan dah tak de. Tapi napa anak mak tetap rasa susah nak jadi baik? Ke sebab anak mak ni dah jadi setan? Berat rasanya mak. Nak buat baik. Ya Allah...

Mak. Anak mak rindu. Mak baik2 ye di sana.

Wednesday, 18 June 2014

Coretan 21

Assalam mak.

Esok anak mak ada satu paper. Lusa ada lagi satu paper. Lusa paper last. Tapi paper killer. Huwaaaa. *Nangis*

Mak. Anak mak suka macam ni kan...study last minute. Padahal bukan subjek susah pun. Statistik tu kalau ikut tak de la susah sangat. Tambah2 bila anak mak memang minat subjek tu. Tapi... Entah lah. Suka buat perangai study last minute. Sobssss.

Mak. Tak best kan hidup bila tak de mak. Ada umi tapi tak sama. Umi dengan mak tak kan pernah sama. Bukan anak mak tak dapat nak terima hakikat. Tapi entahla. Anak mak rindu mak. Kan best kalau mak ada lagi. Anak mak ni dah besar. Boleh kita sembang macam2. Pasal anak mak nak kawen. Uppsssss! Hahahaha.

Mak. Anak mak...sunyi. Tak best nya hidup sorang2. Ramai...tapi sendiri. Sangat kasihan anak mak ni. Hurm... Mak baik2 ye kat sana. Dah lama anak mak tak bacakan yasin untuk mak. Nanti anak mak bacakan ye. Anak mak...rindu mak sangat3. Mmuahhhh.

Tuesday, 10 June 2014

Coretan 20

Mak... Anak mak...rindu.

Mak... Kalau mak ada...mesti mak kecewa.

Mak... Anak mak...teruk.

Mak... Anak mak...macam orang tak takut tuhan.

Mak... Anak mak...macam orang tak de agama.

Mak... Kenapa...anak mak jadi macam ni?

Mak... Ni...kafarah dosa yang mana?

Mak... Anak mak...takut.

Mak... Anak mak...tak nak mati macam ni.

Mak... Anak mak...nak taubat.

Mak... Tapi kenapa...susah sangat?

Mak... Anak mak...sunyi.

Mak... Anak mak...sorang2.

Mak... Anak mak...rasa kosong.

Mak... Anak mak...nak mak.

Tuesday, 6 May 2014

Coretan 19

Mak... apa khabar agaknya mak kat sana. Anak mak kat sini tak berapa nak oke. Iman asyik goyah je. Kadang2 lentur sampai menyembah bumi. Anak mak pun tak tahu la apa nak jadi dengan anak mak ni.

Mak. Hari tu ada tak anak mak cite pasal anak mak nak kawen? Kawan anak mak yang kenalkan dengan calon tu. Mula2 anak mak dah istikharah. Dah setuju. Tapi lama2 anak mak rasa macam nak tolak. Sebab anak mak tak layak untuk lelaki tu. Dia baik. In sya Allah beriman. Tapi anak mak ni asyik tunduk pada nafsu. Ntah la. Anak mak pun buntu.

Sunday, 13 April 2014

Coretan 18

Makkkkk. Huwaaa. Berdebornya nak tunggu keputusan dari dia. *nangis* Tak senang duduk dibuatnya. Kejap terasa nak nangis. Kejap terasa nak menjerit. Huwaaa. Seksa betul.

Berat kan mak benda ni. Ye lah. Walaupun sama2 tunjuk kecenderungan yang positif, tapi nak buat keputusan nak kata "Ya saya setuju" tu tetap tak mudah. Sebab nak kena ambik kira banyak faktor.. Huhu.

Anak mak ni bedebor tak terkata. Nak demam rasanya ni. Kalau mak ada kan senang. Call je cakap ngan mak. Mesti lepas tu oke sikit. Tapi ni sorang2. Tak tahu nak bercakap ngan sapa. Huwaaa. *nangis lagi*

Coretan 17

Salam. Mak! Hehe. Mak tahu. Semalam anak mak ada majlis ta'aruf. *mainmain jari* hehe. Ada kawan anak mak nak kenalkan anak mak dengan sepupu dia. Anak mak dah istikharah. Sebab tu anak mak setuju nak ta'aruf.

Tapi sekarang tak de keputusan lagi mak. Tunggu dia tu buat keputusan dulu. Dari anak mak sendiri in sya Allah setakat ni hati anak mak bagi jawapan positif. Tapi tu lah. Kita tak tahu kan apa yang Allah dah atur untuk hambaNya.

Sekarang ni anak mak cuma boleh doa dan berharap apa je keputusannya nanti ialah yang terbaik untuk anak mak, dia dan semua orang. Besarkan keputusan nak buat ni mak? Anak mak berdebar jugak. Tapi anak mak tak nak buat keputusan terburu2. Sebab benda ni untuk seumur hidup.

Apa2 keputusan pun in sya Allah anak mak dah bersedia untuk terima dengan hati yang lapang. Adoiihhh. Berdebarnya. Huhuhu. Huwaaaa. Haishhh. Bedebo bak hang. Adehhh.

Tuesday, 8 April 2014

Coretan 16

Mak~ Dah lama anak mak tak cerita2 dekat mak kan? Huhu. Anak mak bukan apa. Banyak sangat benda nak cerita. Sampai tak tahu nak cerita yang mana satu dulu. Sudahnya anak mak diam je tak terkata apa. Huhu.

Mak. Anak mak tengah tunggu bas. Kejap lagi anak mak ada appointment dengan kaunselor. Mak jangan risau. Anak mak normal lagi. Cuma sekarang anak mak nak bantu diri sendiri secara nyata. Ada benda2 yang anak mak nak buat. Tapi tak boleh buat sendiri. Jadi kena mintak tolong dengan kaunselor.

Anak mak harap sangat sesi ni berjaya. Sebab anak mak tak nak hidup menderita lagi dah. Anak mak nak hidup bahagia. Anak mak nak lepaskan semua perasaan kebenciaan keseksaan keserabutan dan segalagala perasaan negatif tu. Hurm

Mak. Doakan ye sesi ni berjaya. Amiinn.

Sunday, 6 April 2014

Coretan 15

Mak. Anak mak seggugut. Sakit sangat. Dah la duk sorang2. Huhu. Tapi anak mak kuat. Tak nangis pun. Guling2 sakit je.

Sakit sangat mak. Dua tiga menjak ni anak mak selalu sakit berkaitan perut. Anak mak bimbang jugak sebenarnya. Tapi in sya Allah tak de apa2 mak kan? Huhu.

Mak. Anak mak nak buat apa ni? Sakit sangat3. Nak tidur tak boleh. Tapi kalau jaga sakit. Dari tadi anak mak terguling2. Sakit sangat3. Rasa macam nak terberanak. Hyperbola. Tapi betul. Huwaaa. Sakit.....

Mak. Dulu mak nak beranakkan anak mak sakit tak? Mesti lagi sakit dari ni kan? Kesian mak. Dah la terpaksa tanggung sakit masa nak beranak, lepas tu kena sabar dengan kerenah anak mak yang macam2 yang menyakitkan hati. Anak mak mintak ampun ye mak...

Sakit.... T_______T

Friday, 4 April 2014

Coretan 14

Mak~~~
Tadi anak mak tutup akaun bisnes untuk bulan lepas. Hehe. Seronok bila tengok hasil jualan untuk sebulan. Walaupun untung tak berapa banyak, tapi ok la untuk sebulan awal tempoh permulaan. Tak la teruk sangat. Sebenarnya banyak la jugak. Tapi sebab ada biz partner, jadi bahagi 2 untung nya. Sebab tu jadi sikit. Huhu. Tak pe lah. Tak boleh tamak kan. Kena bersyukur je. Nanti baru Allah tambah hasil nya.

In sya Allah anak mak bertekad nak slow slow step by step serius dalam bisnes ni. Mula2 nak jual offline dulu. Lepas bi baru nak start jual online semula. Belajar sikit2 kan. Kalau kita sabar kita gigih in sya Allah tak mustahil boleh berjaya. Kan mak?

Wahhh!!! Anak mak tengah bersemangat ni. Cakap pun berkobar2. Hehe. In sya Allah. Mudah2an impian anak mak jadi kenyataan. Ya Allah, kabulkan hasrat hati ku ini.

Wednesday, 2 April 2014

Coretan 13

Mak~ semalam anak mak buat bacaan yasin kat bilik. Hehe. Alhamdulillah. Kenyang. Jiran sebelah bilik masak spaghetti. Sedap! Anak mak makan banyak sangat. hihi.

Tapi...tapi... tapi... kalau asyik makan je macam mana nak kurus??? Huwaaaa. Dah lah anak mak ni mudab gain weight. Sobsob. T______T

Mak. Anak mak tak tahu nak cerita apa kat mak hari ni. Sekarang anak mak sibuk sangat. Dengan assignment, dengan kerja, dengan kertas kerja, dengan event fakulti. Hahaha. Nasib baik anak mak ni iron woman. Tapi penat la.

Ok mak. Nak siap g kelas ni. Wassalam.

Tuesday, 1 April 2014

Coretan 12

Mak. Tadi ayah datang kat tempat anak mak. Ali yang bawak. Lepas tu ayah bawak g makan kfc. Alhamdulillah. Rezeki anak mak. Dah lama anak mak tak makan makanan mewah. Huhu.

Mak. Betul kan orang kata. Kalau tengok wajah ibu bapa hati jadi tenang. Walaupun anak mak tak rapat dengan ayah, tapi anak mak dapat rasa ketenangan tu. Alhamdulillah.

Monday, 31 March 2014

Coretan 11

Mak. Tadi anak mak ponteng kelas lagi. Apa la nak jadi dengan anak mak ni. Kalau mak ada mesti mak kecewa kan. Anak mak buat perangai macam ni. Anak mak mintak maaf. Anak mak pun tak tahu kenapa anak mak perangai macam ni.

Mak. Nak mak... Nak mak sangat2. Jelesnya bila tengok orang lain. Rasa malas g kelas call mak diorang. Rasa down call mak diorang. Kadang2 mak diorang yg call. Anak mak dengki. Benci diorang semua.

Mak. Kenapa mak pergi awal sangat? Mak tahu tak yang anak mak harap sangat mak sembuh hari tu. Tapi Allah lagi sayang kan mak. Dia panggil mak kembali pada Dia dulu.

Mak. Maafkan anak mak sebab tak jadi anak yang baik. Banyak buat salah pada mak. Tak jaga mak betul2 masa mak sakit. Agaknya apa yang anak mak alami sekarang adalah balasan Allah sebab tak jadi anak yang soleh selama ni. Anak mak mintak maaf. Mintak ampun mak. Anak mak sayang mak sangat3. Rindu mak sangat3.

Coretan 10

Mak. Semalam dapat mesej. Nek ngah dah meninggal. Anak mak tak kuat. Anak mak menangis. Anak mak lemah. Menggigil2 badan anak mak tahan perasaan.

Mak. Lepas sorang, sorang orang2 yg dekat dengan anak mak Allah tarik. Dalam jangka masa yang singkat pulak tu.
Macam hari tu. Mula2 nenek. 3 bulan lepas tu mak pulak pergi. Bulan 12 tahun yang sama adik mak adik mak pulal pergi. Tahun lepas, pak ngah dengan mak ngah. Tahun ni nek ngah. Semua tu orang2 yang rapat dengan keluarga kita. Kenapa Allah tak tarik orang lain mak?

Mak. Anak mak tak sanggup lagi nak terima kematian. Sakit mak. Sakit macam nak pecah dada. Anak mak boleh tahan macam2 ujian lain. Kena maki kena marah kena hina semua anak mak boleh tahan tak nangis. Tapi bila masuk bab kematian, anak mak betul2 lemah....

Mak... anak mak rindu mak sangat2. Anak mak rasa nak peluk mak nak cium mak nak mintak maaf dengan mak nak cakap dekat mak yang anak mak saaaaaaaayang mak sangat3.

Maafkan anak, mak....

Sunday, 30 March 2014

Coretan 9

Mak. Hari ni anak mak lambat gi kelas. Anak mak tertidur tadi. Lambat setengah jam.

Hari ni anak mak puasa. Baru nak puasa ganti. Huhu. Laparnyaaa. Dah lama tak puasa macam ni la jadi. Huhu.

Lepas tu hari ni jadi letihhh sangat. Rasa lesu, malas, mengantuk. Malas nyeeeee. Nak tidur. Huhu.

Mak. Anak mak dapat assignment kena buat genogram. Genogram ni macam family tree la. Cuma lagi terperinci. Jenuh anak mak nak cari maklumat keluarga kita. Hahaha.

Hari ni nak bukak puasa dengan apa ye? hurm.....

Saturday, 29 March 2014

Coretan 8

Mak. Semalam anak mak bukak gerai lagi. Ada event kolej. Sebenarnya anak mak jadi AJK. Tapi anak mak ni kan teruk. Tak bagi komitmen pun. Ntah la. Anak mak pun pening.

Alhamdulillah jualan semalam okay. Walaupun tak banyak laku, tapi ada la yang terjual. Dapat la untung jugak.

Tadi anak mak terbukak Facebook. Lepas tu anak mak terbaca post dari pengarah program yang anak mak jadi AJK ni. Dia marah2 sebab ramai tak turun rehearsal program. Mak pun tahu anak mak bukan boleh orang nak marah2 ni. Memang anak mak lagi rasa nak melawan. Biarlah dia. Ugut tak nak bagi merit ngan sijil konon. Sudah lah. Tak nak bagi sudah. Menyampah.

Anak mak bukan nak membela diri. Tapi betul anak mak tak tahu pasal rehearsal tu. Anak mak bukannya selalu bukak fb. Jadi banyak info terlepas. Dah tu diorang semua pun nak bagitahu kat fb. Biarlah. Anak mak malas nak fikir.

Friday, 28 March 2014

Coretan 7

Mak. Tadi ayah call. Rupanya kJah bagi tahu ayah anak mak tak de duit nak makan. Ayah call ayah nangis. Ayah tanya kenapa tak bagi tahu yanh tak de duit.

Anak mak bukan tak nak bagi tahu. Tapi anak mak tak nak susahkan ayah. Sebab anak mak tahu kita bukan keluarga senang. Anak mak bukan tak de duit sebenarnya. Cuma nak berjimat takut duit habis sebelum gaji masuk.

Ayah kata lain kali kalau tak de duit bagi tahu. Anak mak cakap yang anak mak ingatkan ayah tak cukup duit. Sebab sebelum ni kJah pernah pesan ayah akan masuk duit tiap2 bulan. Tapi ayah tak masukkan. Anak mak ingat ayah tak de duit. Jadi anak mak tak pernah tanya.

Tadi ayah mesej cakap dia dah masukkan duit. Anak mak rasa bersalah sangat sebab dah buat ayah menangis. Terukkan anak mak ni. Selalu buat mak dengan ayah nangis. Macam mana nak masuk syurga macam ni.

Mak. Anak mak mintak maaf. Banyak dosa anak mak selama ni anak mak tak pernah sempat mintak maaf. Anak mak pun tak tahu mak dah maafkan ke belum dosa2 yang banyak tu.

Ayah. Anak ayah mintak maaf. Selalu buat ayah risau. Jarang menurut kata. Degil. Keras kepala. Anak ayah mintak ampun. Anak ayah cuma nak belajar berdikari. Tak nak susahkan ayah. Sebab ayah dah banyak susah untum anak ayah selama ni. Maafkan anak ayah ayah.

Thursday, 27 March 2014

Coretan 6

Mak. Semalam kJah mesej. Dia cakap dia masukkan duit kt anak mak.

Alhamdulillah. Sebenarnya anak mak tengah tak de duit nak beli makanan. Sekarang anak mak tengah dalam fasa berjimat cermat. Kadang2 anak mak skip makan nasi. Kadang2 anak mak makan biskut je hari2. Huhu.

Hari tu mmd dh masukkan duit. Ni kJah masukkan lagi. In sya Allah cukup la untuk makan sebulan ni. Ayah tak tahu pun anak mak tak de duit. Sebab anak mak tak pernah cerita.

Kakak2 marah tapi anak mak tak reti nak selalu mintak duit kat ayah. Anak mak sebenarnya harap yang ayah akan ingat atau terfikir untuk bagi duit dekat anak mak. Tapi... ye lah. Ayah banyak kerja nak buat. Tak sempat nak teringat kat anak mak. Hurm... Tak pe lah. Anak mak paham.

Coretan 5

Mak. Anak mak dah habis test. Tak tahu la dapat score ke tak. Soalan senang. Tapi keliru. Huhu.

Tapi anak mak dah buat yang terbaik. Harap2 pensyarah baik hati masa tanda kertas anak mak.

Mak, penatlah. Ingatkan malam ni nak tidur awal. Tapi nak kena kemas tempat untuk program hari sabtu ni pulak. Huhu. Tapi kena tunggu pukul 10.30 baru dapat kemas. Sebab ada orang tengah guna tempat tu. Penatnya. T_T

Tapi tak pe lah. Anak mak kan memang suka benda2 macam ni. Sabar je la. Huhu. K lah. Wassalam.

Coretan 4

Mak. Malam ni anak mak ada test. Paper yang terakhir untuk test 1. Paper BI je. Tapi writing. Anak mak tak tahu la dapat buat ke tak. Sebab tak study pun. Hehe.

Anak mak rasa nak mintak mak doakan biar anak mak dapat buat dengan tenang, dapat tulis jawapan yang terbaik. Tapi tu angan2 je kan. Tak mungkin mak dapat doakan anak mak.

Tak pe lah. Anak mak tak nak Sedih2. Sekarang anak mak nak g mandi nak siap2 pergi test. Nanti anak mak tulis lagi ye. Wassalam.

Coretan 3

Mak. Hari ni anak mak rasa down sangat. Rasa tak semangat. Rasa malas.

Hari ni anak mak ponteng kelas lagi. Sepanjang hari tak g kelas. Rasa penat. Rasa tak bermaya. Lepas subuh tadi anak mak tidur je. Sebab rasa lesu sangat. Teruk kan anak mak ni. Kalau mak tahu mesti mak kecewa dapat anak macam ni.

Tapi anak mak tak tahu nak buat macam mana. Selalu sangat rasa macam ni. Rasa lemah sangat. Rasa malas. Rasa tak de semangat. Rasa down. Tak tahu nak buat macam mana.

Kan best kalau dapat call mak cakap dengan mak. Dengar suara mak pun jadi la. Bagi lepas rindu. Lepas tu mesti dah bersemangat. Tak macam sekarang.

Semua kena simpan sorang2 pendam sorang2. Tak tahu nak cerita dekat sapa. Hurm.. Mak. Best kan kalau mak ada lagi. Tengok orang lain call mak diorang cakap dengan mak diorang hilang segala masalah.

Mak. Bahagialah mak di sana. Di sisi tuhan.

Wednesday, 26 March 2014

Coretan 2

Mak. Anak mak ni dah jatuh cinta. Haha. Dah besar kan anak mak ni. Dah pandai nak suka2, nak admire orang. Tapi bukan anak mak ni sengaja. Tiba2 je perasaan tu datang. Nak buat macam mana.

Lelaki bertuah yang anak mak dah tersuka tu bukan laki hebat pun. Dia biasa2 je. Pemalu, tak banyak bercakap, penyendiri. Pendek kata tak de yang hebat sangat lah pasal dia. Anak mak yang ni pun tak tahu macam mana boleh tersuka dia.

Mak nak tahu, anak mak ni kenal dia masa minggu orientasi. Kitorang 1 kumpulan masa tu. Tapi masa tu anak mak ni kan hati kering. Mana ada nak fikir nak suka orang sana sini.

Tapi entah macam mana, anak mak ni tak sedar. Tiba2 perasaan tu berkembang. Dengan sendirinya. Tapi anak mak ni pemalu sebenarnya. Simpan je perasaan sorang2. Hehe.

Dah dekat 2 tahun anak mak ni suka dia. Tapi dia tak pernah tahu pun. Entah2 dia tak sedar pun yang anak mak ni wujud. Huhuhu. Sedihnyaaaa. Tak pe la. Anak mak ni sedar diri.

Mak, semalam kan anak mak ni jumpa dia. Dah lama tak terserempak tiba2 semalam boleh terjumpa. Dia dah lain sikit. Rambut dia dah panjang. Terkejut jugak anak mak ni tengok. Hahaha. Tak smart la dia rambut panjang. Anak mak ni rasa nak kerat2 je rambut tu bagi pendek. Hahaha. Berani? Hihi.

Tapi yang pasti dia masih malu2 dengan perempuan. Palinh ketara bila anak mak perasan yang tangan dia menggigil masa nak hulur kertas kat perempuan. Kelakar kan. Hahaha. Mak jangan marah ye. Anak mak memang suka ngusik orang. Hehe.

Oke lah mak. Tu je yang anak mak nak cerita. Nanti anak mak cerita lagi ye. Tadaaa. Wassalam.

Tuesday, 25 March 2014

Coretan 1

Ke hadapan bonda, 
Tahun ini sudah hampir 4 tahun bonda meninggalkan anakanda. Seandainya bonda mengetahui betapa mendalamnya rindu anakanda pada bonda. Betapa saban hari hati anakanda merintih merindukan bonda. Rindu pada tutur bicara bonda. Rindu pada senda gurau bonda. Rindu pada lawak jenaka bonda. Rindu pada prihatin bonda. Rindu pada kata2 nasihat bonda.

Bonda. Bagaimanalah agaknya keadaan bonda di sana. Anakanda yakin Allah pasti menempatkan bonda di tempat yang baik2. Bukankah Allah berjanji bahawa hambaNya yang solehah akan diberi ganjaran syurga. Anakanda menjadi saksi pada amal2 oleh bonda sehingga ke akhir hayat bonda. 

Sekian dulu coretan anakanda buat bonda pada kali ini. In sya Allah anakanda akan berusaha untuk sentiasa mendoakan bonda dalam lafaz doa anakanda tidak kira waktu. Semoga Allah memelihara bonda di sana. Wassalam.