Sunday, 13 April 2014

Coretan 18

Makkkkk. Huwaaa. Berdebornya nak tunggu keputusan dari dia. *nangis* Tak senang duduk dibuatnya. Kejap terasa nak nangis. Kejap terasa nak menjerit. Huwaaa. Seksa betul.

Berat kan mak benda ni. Ye lah. Walaupun sama2 tunjuk kecenderungan yang positif, tapi nak buat keputusan nak kata "Ya saya setuju" tu tetap tak mudah. Sebab nak kena ambik kira banyak faktor.. Huhu.

Anak mak ni bedebor tak terkata. Nak demam rasanya ni. Kalau mak ada kan senang. Call je cakap ngan mak. Mesti lepas tu oke sikit. Tapi ni sorang2. Tak tahu nak bercakap ngan sapa. Huwaaa. *nangis lagi*

Coretan 17

Salam. Mak! Hehe. Mak tahu. Semalam anak mak ada majlis ta'aruf. *mainmain jari* hehe. Ada kawan anak mak nak kenalkan anak mak dengan sepupu dia. Anak mak dah istikharah. Sebab tu anak mak setuju nak ta'aruf.

Tapi sekarang tak de keputusan lagi mak. Tunggu dia tu buat keputusan dulu. Dari anak mak sendiri in sya Allah setakat ni hati anak mak bagi jawapan positif. Tapi tu lah. Kita tak tahu kan apa yang Allah dah atur untuk hambaNya.

Sekarang ni anak mak cuma boleh doa dan berharap apa je keputusannya nanti ialah yang terbaik untuk anak mak, dia dan semua orang. Besarkan keputusan nak buat ni mak? Anak mak berdebar jugak. Tapi anak mak tak nak buat keputusan terburu2. Sebab benda ni untuk seumur hidup.

Apa2 keputusan pun in sya Allah anak mak dah bersedia untuk terima dengan hati yang lapang. Adoiihhh. Berdebarnya. Huhuhu. Huwaaaa. Haishhh. Bedebo bak hang. Adehhh.

Tuesday, 8 April 2014

Coretan 16

Mak~ Dah lama anak mak tak cerita2 dekat mak kan? Huhu. Anak mak bukan apa. Banyak sangat benda nak cerita. Sampai tak tahu nak cerita yang mana satu dulu. Sudahnya anak mak diam je tak terkata apa. Huhu.

Mak. Anak mak tengah tunggu bas. Kejap lagi anak mak ada appointment dengan kaunselor. Mak jangan risau. Anak mak normal lagi. Cuma sekarang anak mak nak bantu diri sendiri secara nyata. Ada benda2 yang anak mak nak buat. Tapi tak boleh buat sendiri. Jadi kena mintak tolong dengan kaunselor.

Anak mak harap sangat sesi ni berjaya. Sebab anak mak tak nak hidup menderita lagi dah. Anak mak nak hidup bahagia. Anak mak nak lepaskan semua perasaan kebenciaan keseksaan keserabutan dan segalagala perasaan negatif tu. Hurm

Mak. Doakan ye sesi ni berjaya. Amiinn.

Sunday, 6 April 2014

Coretan 15

Mak. Anak mak seggugut. Sakit sangat. Dah la duk sorang2. Huhu. Tapi anak mak kuat. Tak nangis pun. Guling2 sakit je.

Sakit sangat mak. Dua tiga menjak ni anak mak selalu sakit berkaitan perut. Anak mak bimbang jugak sebenarnya. Tapi in sya Allah tak de apa2 mak kan? Huhu.

Mak. Anak mak nak buat apa ni? Sakit sangat3. Nak tidur tak boleh. Tapi kalau jaga sakit. Dari tadi anak mak terguling2. Sakit sangat3. Rasa macam nak terberanak. Hyperbola. Tapi betul. Huwaaa. Sakit.....

Mak. Dulu mak nak beranakkan anak mak sakit tak? Mesti lagi sakit dari ni kan? Kesian mak. Dah la terpaksa tanggung sakit masa nak beranak, lepas tu kena sabar dengan kerenah anak mak yang macam2 yang menyakitkan hati. Anak mak mintak ampun ye mak...

Sakit.... T_______T

Friday, 4 April 2014

Coretan 14

Mak~~~
Tadi anak mak tutup akaun bisnes untuk bulan lepas. Hehe. Seronok bila tengok hasil jualan untuk sebulan. Walaupun untung tak berapa banyak, tapi ok la untuk sebulan awal tempoh permulaan. Tak la teruk sangat. Sebenarnya banyak la jugak. Tapi sebab ada biz partner, jadi bahagi 2 untung nya. Sebab tu jadi sikit. Huhu. Tak pe lah. Tak boleh tamak kan. Kena bersyukur je. Nanti baru Allah tambah hasil nya.

In sya Allah anak mak bertekad nak slow slow step by step serius dalam bisnes ni. Mula2 nak jual offline dulu. Lepas bi baru nak start jual online semula. Belajar sikit2 kan. Kalau kita sabar kita gigih in sya Allah tak mustahil boleh berjaya. Kan mak?

Wahhh!!! Anak mak tengah bersemangat ni. Cakap pun berkobar2. Hehe. In sya Allah. Mudah2an impian anak mak jadi kenyataan. Ya Allah, kabulkan hasrat hati ku ini.

Wednesday, 2 April 2014

Coretan 13

Mak~ semalam anak mak buat bacaan yasin kat bilik. Hehe. Alhamdulillah. Kenyang. Jiran sebelah bilik masak spaghetti. Sedap! Anak mak makan banyak sangat. hihi.

Tapi...tapi... tapi... kalau asyik makan je macam mana nak kurus??? Huwaaaa. Dah lah anak mak ni mudab gain weight. Sobsob. T______T

Mak. Anak mak tak tahu nak cerita apa kat mak hari ni. Sekarang anak mak sibuk sangat. Dengan assignment, dengan kerja, dengan kertas kerja, dengan event fakulti. Hahaha. Nasib baik anak mak ni iron woman. Tapi penat la.

Ok mak. Nak siap g kelas ni. Wassalam.

Tuesday, 1 April 2014

Coretan 12

Mak. Tadi ayah datang kat tempat anak mak. Ali yang bawak. Lepas tu ayah bawak g makan kfc. Alhamdulillah. Rezeki anak mak. Dah lama anak mak tak makan makanan mewah. Huhu.

Mak. Betul kan orang kata. Kalau tengok wajah ibu bapa hati jadi tenang. Walaupun anak mak tak rapat dengan ayah, tapi anak mak dapat rasa ketenangan tu. Alhamdulillah.